Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan
jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak
percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi
dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan
mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka
hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana
akhirnya dia sedar di mana dia berada
Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah hari kiamat!
Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak
perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi
kiamat itu akan berlaku.
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya
sendiri?
Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat
benar!
Soal siasat itu sedang berlaku!
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan
mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang
mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri
Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah
kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.
Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke
hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.
Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan
meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang
ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan
hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak
menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak
seperti
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me
rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.
Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah
kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain
sedang dibersihkan.
Dia mengaku kesnya,
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu
orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa
pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya
lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "
Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia
mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam
kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan
perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah
berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan
Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan
muktamad.
Akhirnya, keputusan itu dibuat.
Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan
mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia
memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang
dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh
melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah
"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya
berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan
Allah kepada orang lain"
Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.
Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret,
mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang
daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang
yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan,
bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang
dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah
semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia
teringat
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai
lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan
solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit,
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke
tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah
kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam
dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam.
Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba
tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat
kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya
kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke
dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya
jatuh"
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan
kepalanya,
"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir,
adakah anda lupa?"
Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya
dari sujud
Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar
suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya
waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu.
Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini
Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga.
Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.
Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang
baik yang boleh membantu kita pada hari penghakim
Credit : I love Manjung




Assalamualaikum Selamat datang kepada yang sudi
mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini,
saya sentiasa mendoakan anda sihat kaya dan
berjaya dunia dan akhirat ,semoga kehidupan anda
lebih baik dari sebelumnya.
Kisah Seorang hamba allah menuggu 15minit sebelum menunaikan Solat fardhu