Alkisah cerita ini mengenai wang kertas RM1 Dan RM100
ikuti kisah ini dengan khusyuk dan tawaduk ,
&
Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama
dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama,
tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian
mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka
mereka pun berbual:
Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu
begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"
RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari
bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di
tangan pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu
kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"
RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari
bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di
kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu
dijaga dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di
tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah"
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya
RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak
yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku
tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat,
tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.
Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.
.jpg)




Assalamualaikum Selamat datang kepada yang sudi
mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini,
saya sentiasa mendoakan anda sihat kaya dan
berjaya dunia dan akhirat ,semoga kehidupan anda
lebih baik dari sebelumnya.
Cerita Wang Rm100 dan Rm1.00