Assalamualaikum hari ni saya ingin share kepada anda ,tentang aktiviti saya
mengenai "MISI BANTUAN KEMANUSIAAN "
Pada jam 8.00 pagi ,saya dan skuad Sukarelawan komaju
berkumpul di petronas tol skudai , saya dan beberapa krew terdiri daripada
6 orang yang berlainan tempat iaitu dari Pasir gudang dan Ulu tiram yang terlibat dalam penghantaran misi bantuan kemanusiaan
Jam 8.30 pagi ,Saya dan krew berhenti
seketika untuk mengisi minyak sebelum memulakan perjalanan .
kemudian kami bertolak melalui haighway tol skudai menuju ke destinasi check point ke 2
iaitu di balai polis IPD Segamat johor , alhamdulillah perjalan kami di permudahkan
segala urusan
Jam 12.00 Tengah hari ,saya dan krew tiba di IPD Polis Segamat dan terus menuju
ke tempat misi bantuan kemanusian ,sebanyak 8 buah kenderaan berkonvoi ,pelbagai halangan yang perlu kami harungi dengan jalan berliku -liku serta keadaan permukaan jalan yang tidak rata di selaputi dengan tanah merah akibat hujan yang berlarutan pada malam harinya.Perjalanan tersebut mangambil masa setengah jam sampai ke tempat bantuan di Sek Keb Spang Loi ,Batu Anam Segamat johor
Inilah reaksi anak-anak felda sebelum menerima bantuan dari krew Sukarelawan komaju dan Krew
Share & care Southern Care Charety (Cokelat Boboi)
Setelah selesai pengagihan dan penyerahan kepada kanak-kanak dan ibubapa
mangsa banjir mereka menghidangkan makanan tengah hari untuk kami ,di situ kami
saling kenal mengenali antara sama lain serta beramah mesra
Jadual dan senarai nama penduduk yang dipindahkan serta
Sumbangan bantuan dari Sukarelawan
Sesi tandatangan Sukarelawan yang hadir
Tok ketua sibuk mengagihkan barangan makanan kepada penduduk kawasan
dengan agihan yang sama rata
Antara warga emas yang berada di penempatan tersebut
Bergambar bersama pihak Sukarelawan bermotor (Scrambler) dari
bahau negeri sembilan
Penyerahan beras dan juga cenderahati kepada Tok ketua
sebelum kami beredar
Melawat kawasan banjir bersama krew sebelum pulang ke destinasi masing -masing
Alhamdulillah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ini dan tidak lupa juga kepada penyumbang barangan makanan mahupun wang tunai atas keperihatinan anda untuk sama- sama membantu mereka yang memerlukan ,semoga sumbangan yang anda hulurkan ini di berkati dan diredhai oleh allah S.W.T.Amminn
Suka Akan Artikel Ini ,Jom kongsikan
Misi Bantuan Kemanusiaan