f 7 Tip Usahawan Berjaya ~ Blog Personal Aaduka Fairuz Sukses
Sign in

Sabtu, 9 November 2013

7 Tip Usahawan Berjaya


Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua 7 tip usahawan berjaya. Saya pasti anda akan merasakan bahawa setiap tip-tip yang diberikan oleh para usahawan adalah sama. Emm..mungkin tidak salah kerana kadang-kadang setiap usahawan mempunyai nilai dan kepercayaan yang sama untuk berjaya. Namun seperti yang saya selalu tekankan,jangan sekali-kali merasakan jemu untuk menuntut ilmu kerana ilmu tidak pernah habis.
Untuk seseorang usahawan itu berjaya, sudah tentu mereka ada mempunyai amalan-amalan yang boleh mendatangkan limpahan rezeki kepada mereka.Okey, di bawah saya senaraikan tip-tip usahawan berjaya. Saya tidak melimitkan hanya kepada usahawan online sahaja tetapi kepada usahawan offline atau sesiapa sahaja yang bergelar usahawan mahupun yang mahu menjadi usahawan.





Baca dan Amalkan:
1-Usahawan bangun awal pagi
2-Usahawan kuat kebergantungannya dengan Allah.
3-Amalkan solat dhuha,membaca surah al-mulk,dan surah al-waqiah.
4-Setiap waktu menceritakan tentang bisnes.
5-Mesti ada waktu rehat yang khusus.
6-Bertindak sebagai lastman.
7-Niat berniaga sebagai satu jihad

Okey,apa yang saya senaraikan di atas hanyalah beberapa ciri jika kita mahu menjadi seorang usahawan yang diredhai Allah dan berjaya di dunia mahupun akhirat. Saya pasti ada di antara anda semua yang tergaru-garu kepala tentang tip-tip tersebut kerana kurang faham.Saya akan huraikan setiap tip untuk  memudahkan pemahaman anda semua secara berperingkat. Saya mulakan dengan tip nombor satu.

Usahawan bangun awal pagi.
ha..apa maksud bangun awal pagi ni?bangun pagi-pagi macam orang nak pegi menoreh getah?atau orang keje kilang?.Okey bangun awal ni maksudnya bagun malam mengerjakan solat sunat tahajud,solat taubat serta hajat.Kalau ada yang bagus lagi buat solat tasbih dengan witir skali. Bukan senang rupanya nak berjaya ni kan?heheh. Satu lagi yang kita biasa dengar orang tua cakap, tak baik tidur pas subuh atau bangun lewat jang.. mahal rezeki ekau tau. nah, kalau tuan-tuan nak rasa akibatnya, bolehlah cuba ya lepas ni.hoho.
Sebab apa tuan, kita kene bangun awal selain sebab-sebab yang di atas, kita tengok orang bangsa lain kebanyakannya bangun awal-awal pagi. Malulah dengan ayam yang berkokok tu.. binatang pun bangun awal dari kita ingatkan diri jugak ni.
Emm..setakat ni dululah ye.. saya huraikan yang lain di post yang akan datang. Selalu-selalulah jenguk kat blog yang tak seberapa ni. Adios!..

Perkongsian dari  Bro faizalehsan.com

0 comments :

Produk Halalan Toyibban Disini

You Tube Video

Powered by Burptech - FB Like Box widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Supporter Media

Jom Like Fans Page

<"Peluang perniagaan Anda Disini">

Get this gadget at facebook popup like box