Suka Artikel ini
Kelebihan promosi di media sosial
Persaingan perniagaan secara online atau atas talian
semakin hari semakin sengit. Mahukan perniagaan atau perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) anda berkembang dan berdaya saing? Jika ya, anda perlukan
strategi pemasaran melalui media sosial yang sudah terbukti berkesan.
Jadi, apakah yang kita maksudkan dengan media sosial?
Secara ringkasnya, ia merujuk kepada penggunaan kaedah
pemasaran atas talian untuk menghebahkan kandungan, pendapat, kebajikan dan apa
juga berkenaan produk kepada kumpulan sasaran pemasaran ataupun orang ramai
secara umumnya.
Antara kaedah pemasaran dalam talian seperti blog, forum,
podcast, wiki dan banyak lagi, sama ada melalui laman web (website) individu
atau media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube, Instagram dan lain-lain.
Penggunaan pemasaran menggunakan media sosial yang
bersesuaian akan melonjakkan nama dan imej produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan PKS kepada pengguna.
Dengan media sosial, PKS boleh menyalurkan pelbagai
maklumat dan pautan dalam kempen pemasaran mereka dan mencipta pengaruh serta
hubungan perniagaan yang positif dalam industri masing-masing.
Mahukah anda capaian lebih mudah kepada lebih ramai
pengguna?
Dengan peningkatan kepekaan dan populariti terhadap media
sosial, lebih ramai perniagaan baru yang menggunakan kesempatan ini untuk
mengembangkan peluang perniagaan mereka menerusi aplikasi disediakan melalui
media sosial pilihan mereka seperti teks, komuniti online, chatting dan
sebagainya.
Langkah berikutnya PKS perlu menarik dan mengekalkan
pelanggan setia mereka agar perniagaan akan lebih berkembang. Media sosial
mempunyai kebolehan untuk menyatukan lebih ramai pengguna dari latar belakang
yang berbeza terutama melalui laman komuniti, jadi ini boleh memberi satu
kelebihan yang patut disedari pengusaha PKS.
Dengan mempunyai capaian kepada pengguna lebih ramai, PKS
akan dapat menerima lebih sasaran pengguna yang berminat terhadap produk atau
perkhidmatan yang mereka tawarkan. Tambahkan juga peluang bagi pengguna untuk
mengenali PKS anda dan pastikan dengan layanan baik kepada pelanggan anda,
mereka akan kembali berurusan dengan anda.
Komunikasi antara pengusaha PKS dan pelanggan mereka juga
sangat penting apabila pelanggan boleh memberi sebarang komen atau idea sesuai
transaksi mereka.
Ini dapat membantu pengusaha PKS untuk menilai sekiranya
terdapat sesuatu perkara yang boleh ditambah baik atau diperbaiki bagi
menambahkan lagi nilai perniagaan mereka.
Dengan ini, pelanggan juga akan berasa lebih dihargai dan
pengusaha PKS juga dapat membina hubungan perniagaan yang berpanjangan dengan
pelanggan mereka.
Perkongsian maklumat melalui media sosial tidak dapat
dinafikan adalah sesuatu yang sangat berkesan. Pelanggan sentiasa dahagakan
maklumat terkini khususnya yang berkaitan dengan promosi terkini, khidmat
selepas jualan, dan maklumat lain yang membantu mereka memahami dengan lebih
baik terhadap produk atau perkhidmatan yang mereka mahukan.
Dengan kaedah pemasaran yang bersesuaian menerusi laman
media sosial, penguasa PKS dapat menikmati peluang mengembangkan lagi
perniagaan mereka dengan lebih mudah dan efektif. Maka tidak hairanlah media
sosial semakin hari semakin menjadi platform pilihan antara pengusaha PKS dan
pelanggan.
Penulis Pengerusi Eksekutif Koperasi Pendidikan Usahawan
Internet Selangor Berhad (KPUISB)




Assalamualaikum Selamat datang kepada yang sudi
mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini,
saya sentiasa mendoakan anda sihat kaya dan
berjaya dunia dan akhirat ,semoga kehidupan anda
lebih baik dari sebelumnya.
Kelebihan promosi di media sosial