f Koperasi ~ Blog Personal Aaduka Fairuz Sukses
Sign in

Isnin, 23 September 2013

Koperasi


Apa itu Koperasi?
Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawahAkta 502 (Akta Koperasi 1993)Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir olehsekumpulan manusia
berasaskan semangat dan usaha kerjasama
untuk memajukankepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaanyang bertujuan
membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selainmendapat pulangan dalam bentuk 
dividen, anggota-anggotanya juga menikmati hargayang lebih murah dari pasaran
dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dansebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga
yang dilantik secarademokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahunkewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari
akandilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yangmendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripadakalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.

Perbezaan Koperasi dengan Syarikat Berhad
•Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanyamanakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungansemata-mata.
•Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakalasesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
•Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskankepada
satu anggota, satu undi
•Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yangdipunyainya.
•Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanyamanakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang- pemegang saham.
•Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkansemula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainyatidak menentu.

•Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat

Produk Halalan Toyibban Disini

You Tube Video

Powered by Burptech - FB Like Box widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Supporter Media

Jom Like Fans Page

<"Peluang perniagaan Anda Disini">

Get this gadget at facebook popup like box