f Cara Memulakan Perniagaan Sendiri bagi Pelajar ~ Blog Personal Aaduka Fairuz Sukses
Sign in

Selasa, 21 Januari 2014

Cara Memulakan Perniagaan Sendiri bagi Pelajar

Assalamualaikum...

kenalkan diri dan kemampuan anda .Pelajar  ataupun yang sudah bekerja ?Jika anda rasa
pelajar tetapkan modal dalam Rm800 ke bawah dan cukup serta tidak campur dengan 
duit keperluan harian anda .Tolong jangan menggunakan duit Pinjaman/PTPTN/JPA
atau sebagainya .Hanya duit simpanan sahaja ,(Untuk pengetahuan anda ,pemilik butik
telekung  lece yang terkenal Bella Ammara hanya bermula dengan modal sebanyak 
Rm1000 sahaja )

Anda harus tetapkan  Mindset anda sejak sekolah lagi  untuk mempunyai wang simpanan 
Tak nak pakai modal pada permulaanya kerana kurang keyakinan ?Selepas kenal diri
anda  anda boleh target .Anda mahu jual apa? Siapa mahu beli ? Mana mahu dapat stok...


Cara-cara permulaan jika tiada modal yang banyak :

1-Mulakan perniagaan online. Tidak perlu risau tentang lokasi. Stock ? Anda tidak perlu simpan stock. Dropship agent,reseller penyelesaian yang mudah.Jangan risau. anda tidak rugi sesen pun.

2-Masalah yang timbul ialah apabila kita jadi dropship agent, harga modal yang kita dapat agak mahal dan keuntungan hanya dalam lingkungan RM 5-RM 10 sahaja.
Itu tidak menjadi masalah besar kerana pokok pangkalnya ialah kestabilan perniagaan.Anda stabilkan perniagaan anda dengan mengambil order dan anda berperanan sebagai dropship agent.Selepas perniagaan anda stabil , barulah anda mengambil stok barang sendiri.
Buat permulaan, ambil dalam kuantiti yang sedikit.Tetapi banyak jenis.Contoh terbaik perniagaan bagi pelajar ialah perniagaan online.Kenapa online? Kerana pelajar akan sibuk belajar dan tiada masa bersua muka dengan pelanggan mahupun membuka booth atau kedai sendiri. Bahkan kos menyewa atau membuka kedai agak tinggi dan tidak digalakkan jika anda tidak mempunyai modal yang banyak.

3-Mana mahu cari stock ? Mudah . Anda boleh search dengan keyword ' barang borong murah di malaysia'. Contohnya anda mahu menjual baju. Rajin-rajinlah untuk search kedai borong.
Tapi ada lagi masalahnya. Kebanyakan kedai borong pakaian menwajibkn anda ambil dalam kuantiti yang banyak . seperti sekodi tidak boleh campur design (20 PC). Kalau satu jenis sudah RM 300++ , bayangkan kalau 2 jenis dan keatas? Habislah modal yang tak sampai RM 800.

4-Mudah sahaja. Bookmark website kedai borong tersebut dan cari kedai yang separuh borong . Seperti , butik rea ,dafinah collection ,wafico, Makjah closet . Di kedai-kedai seperti ini anda boleh borong dalam kuantiti 5 pcs sahaja dan mereka antara site yang dipercayai dikalangan online shopper. Saya hanya menamakan sebahagiannya sahaja yang terlintas di kepala.

5-Ambil 4 atau 5 jenis baju  , dan setiap jenis hanya ada 5 pcs. Jangan restock apa-apa selagi koleksi jualan anda tak habis. Ini cabaran bagi anda bagi melihat market perniagaan anda.

Baju apa pula hendak dijual ? Saya ingin menasihatkan supaya anda mengambil baju import dari China  kerana harga mereka serendah Rm 5 satu baju,Modalnya lebih kecil.Jika baju tidak laku , anda boleh touch up dengan lace , manik sequin, dan beberapa perubahan.Kemudian boleh dijenamakan sebagai produk baru.
-------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : Sebagai tanda menghargai penulis tutorial ini LIKE ,SHARE ,dan KOMEN diruang yang di sediakan mudahan penulis lebih bersemangat lagi untuk berkongsi lebih banyak ilmu untuk anda semua membaca dan menambah ilmu pengetahuan untuk sama-sama terus maju kehadapan ..

Suka Akan Tutorial ini,Cer like dan Kongsikan kepada rakan anda

0 comments :

Produk Halalan Toyibban Disini

You Tube Video

Powered by Burptech - FB Like Box widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Supporter Media

Jom Like Fans Page

<"Peluang perniagaan Anda Disini">

Get this gadget at facebook popup like box